Muzik box


Music

Kaulah Nyawaku

>> Tuesday, September 21, 2010




Add Image
Anugerah Dari Yang Ilahi

Aku telah di anugerahi 2 cahaya mata, dimana kedua-duanya adalah lelaki…..mungkin belum ader rezeki nak dapat cahaya mata perempuan…tak per..walaupun kedua2nya lelaki pun,aku cukup bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menganugeri aku kedua2 cahaya mata yang cukup sempurna….beza antara anak pertamaku dengan kedua adalah 4 tahun…jauhkan !!!!..itulah..sebenarnya sebelum aku dianugerahi anak yang kedua..aku dah 2 kali gugur….doktor nasihatkan aku supaya merancang agar kesihatan aku dalam keadaan stabil….hehee..tu yang jauh jarak diorang tu….
Anak aku yang first nama dia Shaq Daniel…orang2 panggil dia Shaq jer….sekarang Shaq sekolah kat SKSS..sekolah aku masa aku darjah 1 sampai darjah 6…tapi Shaq baru Pra sekolah jerk…dah nak masuk 2 tahun Shaq sekolah kat sana..tahun depan Shaq dah nak masuk darjah 1, sekolah agama pun masuk darjah 1 gak…pun sekolah agama aku dulu…heheeee…..jangan jealous ehhh addy..Shaq sekolah kat sekolah lama ammy..
Anak aku yang second…nama dia Harris Daniel…sekarang umur Harris baru 2 tahun ½…tapi perangai dia kusmangat….kalah Shaq dokkk…nak buat camner..anak lelaki memang nakal sikit kannn…Harris start pandai jalan masa umur dia masuk 9 bulan…tapi tulah,kata orang2 tua…kalau budak cepat berjalan…lambat bercakap…jadi lah kat anak aku Harris…sampai sekarang cakap pelat agi..kekadang aku tak berapa paham aper yang Harris cakapkan….sampai ler Harris bengang kat aku…heheheehee. Tapikan Harris ni kulit dia lain sikit dari Shaq…kulit Harris lebih cerah dari Shaq..terkadang tu orang2 ingatkan harris ni anak cina..almaklumlah…harris tak sabar nak kuar dari perut aku…kebetulan waktu tu tahun baru cina…doktor2 pakar banyak yang ambik cuti..Cuma ader sorang jer doktor pakar melayu..yang lain semuanya doctor pelatih…
Masa aku melahirkan Harris macam2 dugaan siot…susah nak kuar pasal jalan tak nak bukak..paling besar pun 3 cm..itupun dah masuk 3 hari aku dok kat hospital…jalan still tak nak bukak..sampailah air mertuban aku pecah…tapi waktu tu Harris dah berak dalam perut…doctor terus suruh aku masuk wad bersalin walauun masa tu jalan aku baru 3 cm jerk…peehh..aku dah rasa harris dah kat bawah..nak kuar sangat dah..tapi jalan tak der langsung utk Harris kuar…lama gak aku menunggu utk jalan tu dibuka..puas doktor masukkan ubat dan bagi injecksyen…tapi…jalan sampai tahap tu jerk…ader gak 4 jam aku menahan kesakitan disamping suami tersayang kat dalam wad bersalin tu…
Suami aku suruh doktor operation jerk sebab tak sampai tengok penderitaan yang aku tanggung…tapi sorang doktor pun tak berani nak buat keputusan…sebabnya..doktor2 tu semuanya doctor pelatih..doktor pakar waktu tu kat blok lain tengah tengok pesakit..aper lagi..suami aku gi ler carik doktor pakar tu sampai jumpa…gila kau…4 jam aku menahan kesakitan teramat sangat…mana taknya suami aku kelam kabut…doktor pakar datang check aku..dia kata budak dalam perut dah berak banyak..dah nak telan taik sendiri..sebab jantung budak dah tak berapa elok agi…doktor pakar bincang ngan laki aku utk buat operation…dah tak der jalan lain lagi..kalau betul nak tunggu jalan tu bukak..paling sekejap pun ambik masa 4 jam..itupun tak sure bukakk abis atau bukan setaktat 2-3 cm….suami aku apa lagilah…terus setuju..dan terus tandatangan..dan tandatangan aku pun diorang ambik sekali waktu tu….aku memang tak sangka kejadian ni akan berlaku…tak dirancang langsung…kebetulan waktu tu..suami aku tak ditemani sesiapa pun…emak ngan bapak aku baru on the way dari rumah bila dengar aku nak kena operation…aku kusut gak waktu tu…yerla..takut ajdi aper2 kat aku ngan ank aku dalam perut…kesiannya waktu tu aku tengok suami aku sedih sesorang….tak der orang pun nak bagi semangat kat dia…walaupun waktu tu adik-beradik dia bagi semangat kat dalam telefon…tetap dia keseorangan,.. melepaskan aku kebilik bedah…..aku dapat rasakan macam mana perasaan suami aku waktu tu…bila menunggu…dan terus menanti…aku tau waktu tu mesti suami aku menangis terisak2…kalau lah aku dalam keadaan suami ku…mesti rasa sedih gila kan…orang yang kita sayang tengah berlawan dengan maut kat dalam bilik bedah….menanti apa jawapan dan kesudahan…1/2 jam aku dibilik bedah…aku di inject belakang tulangku untuk matikan separuh badan aku…aku dapat rasa pisau membelah perut ku…doktor2 dan jururawat2 menghayun perutku supaya Harris yang dalam perut membuat tindak balas supaya Harris boley keluar dari perut yang telah dibelah…Waktu itu harris dah tak punya tenaga…aku dapat rasakan…Harris dah cukup lemah….
Waktu Harris member tindak balas…kain yang menutup mata aku terselak….aku dapat lihat dari cermin disudut atas bagaimana Harris keluar dari perut aku…dengan penuh darah dan badan Harris disaluti habis dengan taiknya sendiri berwarna hijau….aku lega waktu Harris dikeluarkan dari perut aku..tapi..aku terdiam sejenak kerana tiada suara bayi yang nyaring menangis….hinggalah 5 minit kemudian…nyaring suara Harris menagis kerana sejuk bila dimandi oleh jururawat untuk mencuci badannya yang penuh disaluti taik dan darah….aku melepas nafas lega teramat sangat….hhuuuuuu…..
Jururawat membawa Harris kesisi ku utk melihat wajahnya dan mengucupnya utk pertama kali sebelum jururawat menunjukkan Harris kepada suamiku yang yang menanti di pintu luar bilik bedah…tiba masa mereka menjahit perutku utk dicantumkan kembali…aku tak sanggup lagi melihatnya lalu kupaling pipiku ketepi…sebenarnya aku ni takut tengok darah bebanyak…hehehehee….Allhamdullilah Harris dilahirkan dengan selamat….Aku bersyukur……amat bersyukur kepada Allah kerana membiarkan aku melahirkan anak dengan selamat…..Terima Kasih Ya Allah atas pemberianmu yang tak terhingga ini….
Kedua2 cahaya mataku ini adalah lambang cinta antara aku dan suamiku….HIDUP ASLAN….
Amin

0 comments:

my son

my son
shaq & arris

  © ammy arishaq.blogspot.com Create by eddie77shutteraddict 2008

Back to TOP  

Visit InfoServe for Blogger backgrounds.