Muzik box


Music

>> Saturday, February 13, 2010




Dari Mata Turun Ke Hati

Story ni bermula waktu aku baru bergelar siswi Kolej Shahputra, dimana waktu itu Kolej Shahputra masih bertempat di Pekan, Pahang.

Aku ditempatkan di salah sebuah rumah kakak senior...waktu tu aku ngan sorang member yang baru aku kenali terpaksa di tempatkan di rumah itu..kebetulan rumah kakak senior tu ada kekosongan untuk 2 orang siswi...rumah2x junior yang lain semua full.
so...dari situ aku dapat belajar serba sedikit tentang keadaan di kawasan rumah yang aku tinggal dengan senior2x yang lain..nasib baik kakak senior tu semuanya sporting...baik2x belaka...

waktu aku mula2x belajar di Kolej Shahputra...aku kerek sikit...
x bercakap banyak..bila ditanya baru menjawab..
maybe waktu tu aku masih belom bersedia bergaul dengan orang2x
yang belom betol2x cukup kukenali...bukannya mudah untuk
mempercayai seseorang
itu...
kena ambil masa gak kot...!!!

Okeyla..straight to the point...
Aku sebenarnya nak story tentang kisah dimana dan bagaimana aku
mengenali seorang insan yang bergelar laki-laki...
dimana insan itu adalah insan yang paling berharga dan terpenting
dalam kehidupan aku ....

maybe...tanpanyer kesinaran dan keindahan yang ada dalam hidup
aku akan menjadi kegelapan.

Cinta Pandang Pertama

Cerita ini bermula waktu aku tengah syok menyidai kain...
waktu tu jam lebih kurang pukul 7 malam...
sebelum waktu azan maghrib berkumandang...
tengah2x syok dok menyidai kain...tiba2x ..sekumpulan laki2x
berjalan melintas dihadapan rumah aku...
mereka baru sahaja bertungkus-lumus,
menghabiskan peluh semata-mata mengejar dan merebut sebiji bola
untuk dimasukkan ke dalam tiang gol..
itulah salah satu sukan yang paling diminati laki2x...
kata diorang main bola boleh hilangkan strees..
boleh menyihatkan badan...dan banyak lagi faedahnyerr...


Waktu diorang melintas rumah aku....
aku tersipu-sipu malu...segan....bengang...dan macam2x lagi...
rasanya macam nak lari jer masuk kat rumah..
tinggalkan pakaian2x itu dalam baldi...tapi bila dipikirkan...
buat apa aku nak lari plak..!!!
Nanti kang diorang kata aku ni gedik sangat...mengada....
so..aku lupakan niat untuk berlari masuk ke rumah dan teruskan
menyidai kain2x aku yang memang belambak waktu tu...

Bila diorang berada betol2x dihadapan rumah aku....tiba-tiba...
aku terdengar satu suara yang cukup jelas cuping telingaku mendengarnya...."AS..."
dengan tidak semena-menanya kepalaku mendongak
macam ader magnet la plak...
waktu aku mendongakkan kepala aku...mataku...
betol2x memandang kearah mata 'sorang mamat' ni.....
rasanya seperti ada sesuatu...
mataku langsung tak berganjak kepada yang lain...
kebetulan pulak masa tu..mamat ni pun tengah pandang tepat kearah mataku...
aku dapat rasakan..bagaimana yang dikatakan..dari mata turun kehati...
kejadian itu berlaku dengan sepantas kilat...
jantungku berdegup kencang seperti ada yang tidak kena...
lebih kurang 30 detik kami saling memandang antara satu sama lain...
terus sahaja mataku dan matanya menuju kepada yang lain
bila rasa malu muncul dihati masing2x...

aku juga tidak mengetahui siapa gerangan yang memanggil namaku waktu itu...
yang pasti hatiku telah dicuri oleh 'mamat itu'...wajahnya selalu terbayang-bayang...

setiap petang..bila mamat tu melintas dihadapan rumah aku...
aku akan mencuri pandang sambil memerhatikan mamat tu
dari sudut yang jauh tanpa dia sedari...
seperti ada kepuasan bila dapat menatap wajahnya walaupun dari jauh...

Dalam masa yang sama gak..ada seseorang (lelaki) yang
tidak aku kenali sering menelefonku.
siapa dia....???aku sekadar melayannya berbual dalam telefon
semata-mata hanya niat untuk berkawan...lagipun waktu tu..
x ada orang pun yang nak call aku...cuma orang yang tak kukenali
ini yang sudi dan seringkali menelefonku untuk diajak ngobrol...
setiap masa dan setiap detik..orang ini akan call aku...
apa aku buat dihalaman rumah semuanya dia tahu...
aku tertanya-tanya....
siapakah gerangannya...??
"dia" hanya ingin dikenali melalui telefon bimbit sahaja...
kami ambil masa lebih kurang satu bulan mengenali hati
masing-masing hanya di
"telefon bimbit"...

hinggalah sampai masa dan waktunya hatiku memberontak
ingin mengetahui siapakah gerangan yang gemar memerhatikan
aku dari jauh tanpa kenal 'siapa dia...????'

waktunya untuk mengenali dirinya sudahpun tiba...Aku paksa "dia"....
kalau tak tampilkan diri pada hari itu juga...
aku tidak mahu dan tidak sudi menjadi kawannya lagi...

Dari jarak 100 meter..."dia" menelefonku dan mengatakan dia ada didekatku...
mataku terus mencari dimanakah gerangannyer...????tapi yang aku nampak ada 3 kelibat laki2x yang berada dekat denganku yang sedang memegang handphone ditelinga masing2x....waktu tu aku comfuse...mana satu "dia"....???

Yang pasti "mamat" yang telah mencuri hatiku ada sekali tergolong
antara 3 orang yang ada disitu...hatiku semakin tidak tentu arah....
lalu aku bertanya:

Aku : mana satu awak ni..?
jangan memain....!!!!
Dia : saya yang tengah bersandar
kat belakang van ni..
Aku : mengadalah...kan ada 3 orang
tu...???!!!
Dia : saya yang tengah angkat
tangan ni...
Aku : astaghfirullahhullazim.....
yang 3-3 dok angkat tangan tu buat mender???...
dahla...kalau nak main-main macam ni,
tak payah jumpa langsung...lupakan jer...
Dia : ok..ok...saya minta maaf...!!!
lagi 5 minit saya pergi kat awak...

Masa tu aku bagaikan mimpi dan realiti...
aku tergamam seketika..bagaikan tak percaya...hakikat dan hakiki...
orang yang sering memerhatikan aku dari sudut yang jauh dan
selalu menelefonku tiap malam tanpa jemu adalah orang yang sama
yang telah mencuri hatiku ini dengan hanya "panahan pandang pertama"....
selama ini aku seringkali memerhatikannya dalam diam dan menjadikannya...
'secret admire' aku...padahal "dia' juga menyukai aku....

Aku bagaikan tak percaya...adakah aku bermimpi...???
adakah ini realiti...???wake up as...
"dia" ada depan mata...!!!!!!

Hebat benar panahan cinta....!!!!

Adakan ini dikatakan cinta sejati....
cinta pandang pertama...
cinta yang terus turun kehati....
cinta yang penuh dengan perasaan...

Ya Allah...betapa agongnya pemberianmu...
Terima kasih Allah....




Read more...

>> Friday, February 12, 2010

Cinta...
cinta memerlukan pengorbanan
cinta memerlukan kepercayaan
cinta memerlukan kesetiaan
cinta memerlukan kebahagiaan
cinta memerlukan kasih sayang

cinta memerlukan keikhlasan
cinta memerlukan adab dan sopan
cinta memerlukan keindahan
cinta memerlukan pengertian

cinta memerlukan kesinaran
cinta memerlukan perhatian
cinta memerlukan tolak ansur
cinta memerlukan kepeka'an

cinta memerlukan cinta.......

cinta yang sejati lahir daripada hati yang suci dan murni....
tanpa paksaan....

ia hadir tanpa diduga....
hargailah cinta yang menjadi milik kita seadanyer...

Read more...

>> Wednesday, February 10, 2010


Peribadiku....
Namaku Aslidar Tahir...berasal dari johor bahru..kira aku ni anak jati johor la..aku dibesarkan oleh kedua ibu bapaku yang sangat menyayangi aku...aku bersyukur kerana di anugerahi ibu dan bapa seperti ibu bapaku sekarang....nampak macam diorang tak berapa take care sangat..tapi aku tahu bahawa didalam lubuk hati mereka berdua..mereka amat menyayangiku walaupun aku adalah anak yang keempat dari lapan adik beradik...maybe..aku ni anak perempuan sulong kot..aku disekolahkan di sek. keb. sri skudai..daripada darjah 1 hinggalah darjah 6..hinggakan aku mendapatkan keputusan UPSR ..2A 2B...ibu bapaku telah menghantarku ke sek. arab bandar pontian pada usia ku menjangkau 13 tahun..walaupun waktu itu aku tak rela kesana..untuk menjaga kedua hati orang tuaku..aku patuh jua....hinggalah aku berjumpa dengan seorang insan yang mungkin sudah ditakdirkan oleh yang ilahi untuk bertemu dengannya dan menjadikan ia sebahagian dari hidupku...dimana saat2 ibu ku menghantar aku ke asrama pada hari pertamaku di SABP...ibuku bertegur dengan ibunya...untuk memperkenalkan diriku kepada anaknya..mungkin dah ditakdirkan perkenalan kami yang direstui oleh ibu kami masing2...membuatkan kami tetap menjadi sahabat sejati hingga kini...'jangan salah anggap eh...bukannyer laki2'...dia ialah seorang perempuan yang punya hati dan perasaan jua..sama juga sepertiku..mempunyai hati yang cukup sensitif.....mungkin orang tak perasan yang kami sangat akrab walaupun pada waktu ini..kami sangat berjauhan...bukan baru kini jer...tapi sudah ambil masa yang terlalu lama...dia di kl...dan aku di jb..cuma sekali dua..kami bertemu..tapi erti persahabatan itu tidak pernah mengenal apa erti jemu..aku dan dia..bagaikan adik beradik yang tidak pernah mahu diputuskan perhubungan...aku senang menjadi sahabatnyerr..hingga kini persahabatan yang terjalin sudah hampir mencecah 13 tahun...dan kini kami sudahpun mempunyai keluarga masing2...yang penuh dengan kesibukan..lantaran kebahagiaan.....itulah hadiah yang paling berharga yang aku temui sepanjang aku menjadi penghuni SABP......dialah sahabat sejatiku....farah nur hanis khalid

Read more...

my son

my son
shaq & arris

  © ammy arishaq.blogspot.com Create by eddie77shutteraddict 2008

Back to TOP  

Visit InfoServe for Blogger backgrounds.